This is my 1st time. Aku tak pernah pegi Danga Bay. Selama ni tengok dekat tv or aku google je.Aku sesaje menggatal cakap dekat abg aku nak pegi sini,then die terus set GPS die then terus drive pegi sini. Okay lah kat sini. Ade bnyak game macam dekat Funfair. Hihi. Pastu kan,kalau korang drive depan sikit,dah boleh nmpak Singapore dah. Kalau aku bawak pasport time tu,mmg aku dah suruh abg aku drive masok sana terus dah. Takpelah,next time. Maybe one day. Hurmm.
# Adam and Ryan in action !
Next,kiteorang pergi pasar karat dekat area JB jugak. Pasar karat ni lebih kurang macam downtaown and uptown lah jugak. Tapi dekat pasar karat ni ade bnyak orang jual barang2 2nd hand. Nama pon pasar karat,jadi haruslah yang dijual pon barang2 lama. Barang2 antik pon ade jugak. Harga semua berpatutan.
Tuesday,23 January 2011
-Stay di rumah sambil menonton sinetron dari seberang dan makan dengan sepuas-puasnya. Hihi
Wednesday,24 January 2011
Buddies night out. Malam rabu ni aku pergi melepak dengan 2 orang mmber aku, Rais and Imman. Seperti biasa,dah macam xde tempat lain nak lepak,tempat biasa kedai burger Ijan Paroi jd pilihan. No picture captured sebab heboh berborak dari awal sampai hingga la ke sudah.
Thursday,24 January 2011
Sekali lagi stay di rumah dan menjadi driver kepada abang aku. Hantar dan jemput die dari keja. Selain tu macam biasalah aku jadi babysitter kepada anak2 akak aku.
Friday,25 January 2011
-Tiada laporan-
Saturday,26 January 2011
# Macam gangster tak nenek aku ? Hihi
Hari ni pergi kenduri kawin then lepas dah habis pergi kenduri terus mak ajak pergi umah nenek. Lama gila lepak sini tunggu mak aku berborak dengan adik2 die. Al maklumlah dah lama tak jumpa. Masing2 busy dengan cucu masing2 lah katakan. Bila dah jumpa macam2 cerita lah kelua. Penat gila aku tunggu.
# Yaya nampak je aku nak snap gambar. Siap posing lagi tu haaaa.
Beberapa jam yang berikutnya,aku follow abg aku pegi carik buah manggis. Tah apasal die ttber pulak teringin nak makan buah tu. Adakah akak ipar aku sudah berbadan dua ? Ohhh my gucci. Lepas dah beli manggis kiteorg singgah dekat medan selera Kuala Pilah,saje je nak try makan dekat situ. Pelayan dekat gerai ni muka die mntak penampar je,tak reti nak senyum langsung. Panas je aku tengok budak pelayan perempuan tu.
# Gelaplah pulak gambar singer nihh. Haishh
Seterusnya, ke pusat hiburan keluarga. Karaoke time. Sempat lah aku nyanyi dua buah lagu. Lagu wajib mesti kena ada, I don't want to miss a thing by Aerosmith. Nak terberak aku nyanyi lagu tu. Hahaha.
Sunday,29 January 2011
# Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang~
Hari terakhir cuti ? Wuarghhhhh sedih. Before balik,aku pergi umah mak itam. Ade kenduri doa selamat untuk birthday yang ke 2 tahun cucu sulungnya. Macam macam makanan terhidang. Mak aku yang wat main menu. Nasi tomato terbaik. Hihi. Besides that ade macam2 lagi yang boleh dimakan. Semua ni dimasak dan disediakan oleh adik beradik mak aku.
# Hujan -.-'
Tengah syok sedap2 makan tetiba hujan turun dengan lebatnye pulak. Habis lecak tanah semua. Kotor kasut and seluar aku,basah semuanya. Tapi hujan2 pon,aku bedal je makan. Yela nak lepas geram makan bnyak2 before gerak Cheras. Lepas dah puas makan, aku terus gerak balik KL.
Haaaaa,panjang kan laporan aktiviti semasa cuti aku ? Penat gila aku menaip and mengupdate blog ni dengan keadaan Wifi Student yang lembab kemain ni. Finally dah update dah semua. Yeaaaaaaaaaaaayyy !
Hahaha... What a week. Bestnya, untunglaa... saya stuck di blok neh, sembilan hari. UGH~
ReplyDeleteKesiannya. Cuti tanpa elaun kan,sebab tu stay di hostel je kan ? Cuba kalau elaun dah keluar,mesti Yassin pergi jalan2 jugak macam ni. Hihi
ReplyDeleteIt's fine. Syukur elaun belum masuk time cuti. Bayangkanlah elaun masuk awal, then ada satu minggu yang kosong. Habis.
ReplyDeleteAda hikmah di sebalik kelewatan tu. =)
ReplyDelete